top of page
IMG_0082_edited.jpg

Sejarah Penubuhan

ARIFFA ENTERPRISE telah mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan sejak tahun 1997. Bermula dengan menyewa tapak di pasar dengan hanya mengambil komisen menjual roti daripada pengusaha kedai dan kilang. Potensi yang dilihat dalam bidang ini dilihat luas dan perlu diterokai memandangkan permintaan produk yang tinggi namun produk hasil keluaran Bumiputera berstatus Halal adalah sangat kurang. Kami bermula dengan menghasilkan roti burger berlokasi di rumah secara kecil kecilan bermodalkan hanya RM 500. Seterusnya ARIFFA ENTERPRISE menambah ilmu dengan mempelajari ilmu bakeri dengan mengikuti kursus kursus anjuran MARDI, KEMAS dan pelbagai lagi. ARIFFA BAKERY SDN. BHD. ditubuhkan pada tahun 2021 secara rasminya.

​

Kami merupakan syarikat yang mempunyai sijil Halal dari Jakim dan MeSTI dan memikul tanggungjawab demi untuk membekalkan produk yang Halal dan bersih kepada penduduk sekitar. Pengasas syarikat, merupakan individu yang berpengalaman di dalam bidang perniagaan justeru hala tuju syarikat amat jelas dalam memompa saujana potensi kepada kedudukan yang lebih gemilang. Kami telah berjaya membekalkan produk secara konsisten setelah mendapat kontrak jangka masa panjang dengan membekalkan produk ke hospital, sekolah dan lain lain.

​

Kini ARIFFA BAKERY SDN BHD  telah mempunyai 40 orang kakitangan dan 3 buah kilang yang beroperasi dengan memasarkan pelbagai produk roti. Perniagaan dalam bidang food & beverages ini dilihat sangat berpotensi dan kami di ARIFFA BAKERY SDN BHD telah membina reputasi syarikat supaya sentiasa relevan dan dikenali.  Permintaan tinggi dan kami di ARIFFA BAKERY SDN BHD  dalam usaha untuk melengkapkan peralatan kelengkapan mesin untuk meningkatkan produktiviti produk agar dapat memenuhi permintaan semasa.

IMG_0213_edited
IMG_0220_edited
IMG_0212_edited
bottom of page